Sunday, August 31, 2008

Jalan-jalan ke Shah Alam

Semalam kami sekeluarga ke PKNS ShaH Alam. Baba belikan baju dan seluar untuk raya nanti.
Sebelum pulang, kami makan di Restoren FC. Saya dan adik makan bubur, baba dan mama makan kebab ayam.
Harini nak balik kampung nenek Jarah. Boleh main-main dengan sepupu saya iaitu kakak mimi, abg yusri dan misha.
Esok saya akan cuba berpuasa.

Friday, August 29, 2008

Warna Kegemaran saya

Warna kegemaran saya ialah merah jambu. Beg sekolah saya juga berwarna merah jambu. Sejak saya bersekolah Tadika, saya ada 4 buah beg dan semuanya berwarna merah jambu. Banyak barang-barang saya yang berwarna merah jambu seperti selipar, tuala, baju dll.


Thursday, August 28, 2008

Keluarga saya



Nama saya Ainnur Nabeela binti Abdul Haleem. Saya lahir pada 02.02.02. Cantikkan tarikh lahir saya? Nama adik saya Ainnur Nadeea binti Abdul Haleem. Adik saya lahir pada 30.09.04.
Baba saya pula bernama Abdul Haleem dan lahir pada 26.07.76 sementara mama saya pula lahir pada 16.11.76. Nama mama saya Rozita.


Cerita dari saya

Semalam petang macam biasa mama yg ambil saya dan adik pulang dari sekolah. Cuaca semalam hujan, jadi kami terpaksa menggunakan payung. Baba pulang lewat malam tadi. saya tak pasti pukul berapa sebab saya dah tido.
Harini mama yg hantar saya ke sekolah juga. Cuaca gerimis harini. Kata mama, baba ada meeting kat PJ, jadi baba keluar lewat sikit dan baba yang hantar adik ke sekolah harini.
Saya sayang mama saya juga semua ahli keluarga saya.

Wednesday, August 27, 2008

Tesco

Malam tadi mama dan baba bawa saya ke Tesco Puchong. Baba dan mama beli barang keperluan dapur. Sepanjang di Tesco saya duduk dalam troli, tapi adik saya duduk dalam troli sekejap saje, lepas tu adik saya nak tolak troli tu.

Blog baru

Ini blog baru saya dan adik saya (atas usaha mama saya)